BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Google
 

Thursday, March 11, 2010

Gladys Tan Yee Kim - Pelajar Terbaik SPM 2009


Kegembiraan terpancar di wajah Gladys Tan Yee Kim sebagai pelajar terbaik SPM 2009.

PUTRAJAYA 11 Mac – Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan Green Road, Kuching, Sarawak yang mendapat 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 hari ini diumumkan sebagai pelajar terbaik, manakala Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan pula muncul sebagai sekolah terbaik.

kredit: Utusan


PUTRAJAYA: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak, Gladys Tan Yee Kim (gambar) diumumkan pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila memperoleh keputusan 10A+ dalam semua mata pelajaran diduduki manakala Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan diumum sekolah terbaik.

Pengumuman itu dibuat Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom ketika mengumumkan Analisis keputusan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Kementerian Pelajaran di sini, semalam.

Beliau turut mengumumkan sembilan lagi pelajar terbaik SPM iaitu Grace Kiew Sze-Ern dari SMK Perempuan Seri Aman, Petaling Jaya, Selangor; Khadijah Ahmad Jais dari SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan; Akmal Hidayat Sabri dari SMK Derma, Kangar, Perlis dan Syamilah Mahali dari Kolej Tunku Kurshiah Seremban, Negeri Sembilan.

Pelajar lain termasuk Lee Wei Ling dan Corrine Gunn Huey Min dari SMK Taman Melawati, Selangor; Nur Syuhadah Muhamad dari SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra, Kota Bharu, Kelantan; Lain Yin Kwin dari SMK Tinggi Melaka, Melaka dan Hu May Khei dari SMK Convent, Taiping, Perak.

Sementara sembulan lagi sekolah terbaik adalah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak, Jalan Sungai Pusu, Gombak, Selangor; Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur; Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang, Selangor; Sekolah Tun Fatimah, Johor Bharu, Johor; SBPI Rawang, Selangor; Sekolah Menengah Sains Muar, Johor; SBPI Temerloh, Pahang; SMK Infant Jesus Convent, Johor dan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.

Kredit: Metro


Tahniah diucapkan kepada adik-adik kita kerana berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam SPM 2009.

0 comments on Oh! shared:

Related Posts with Thumbnails