SEKIAN lama menanti, pelakon kacak Zizan Nin mengumumkanbakal bernikah dengan Fazilah Hani Harun pada 19 Mac ini di MasjidNegara, Kuala Lumpur.
Zizan bagaimanapun enggan mengiyakan khabarnya wanita itu berkhidmat sebagai wartawan penyiaran ntv7 itu.
Cukuplah dia mengatakan telah mengenali hati budi wanita bertudungyang cantik jelita itu sejak dua tahun lalu setelah bertemu dalamsebuah majlis di ibu kota.
“Kami mengambil keputusan untuk bernikah setelah bertunang selamatiga bulan. Saya menganggap dia jodoh terbaik buat saya selain bersikapsederhana dan memahami saya.
“Yang penting kedua-dua keluarga merestui hubungan kami,” beritahunya kepada mStar Online.
Sebelum itu, Zizan telah melayangkan kad jemputan perkahwinannya ketika ditemui dalam majlis pelancaran akhbar Mingguan mStar semalam.
Menurutnya, hanya sebuah resepsi persandingan yang akan dibuat disebelah pihak perempuan pada 20 Mac ini di Dewan Perdana Felda, JalanMaktab, Kuala Lumpur.
"Kita buat sebuah resepsi sahaja atas faktor masa dan tempat yangstrategik. Jadi, saya tidak akan membuat kenduri di kampung saya diSungai Besar, Selangor," jelasnya.
Zizan yang mengimpikan resepsi berkonsepkan dalam taman berkatamajlis itu akan berlangsung secara sederhana tanpa tajaan mana-manapihak.
Ditanya tentang hantaran, bekas model iklan Ponds itu engganmengumumkan jumlah wang hantaran yang bakal diberikan kepada Fazilah.
“Saya tak nak umumkan wang hantaran. Cukuplah saya katakan yang sayaakan berikan hantaran sebanyak tujuh dulang dan dibalas dengan sembilandulang seperti cincin, sejadah dan al-Quran,” katanya lagi.
kredit : mstar

0 comments on Oh! shared:
Post a Comment