BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Google
 

Thursday, March 11, 2010

Shafik "Cili Padi"



Gambar Shafik (10 tahun) dalam siri drama Cili Padi arahan Aziz M Osman suatu masa dulu.


Gambar terkini shafik atau Nik Nik Fariz Nik Fadzil, 27 tahun

BAGI para peminat drama bersiri Cili Padi yang pernah disiarkan diTV3 pada tahun 1993, tentu masih ingat dengan gelagat dan kenakalan Shafik,kanak-kanak tembam dan gempal yang sering menimbulkan kekecohan.

Bersama abangnya, Salim (lakonan Tam) dan kawan-kawan yang merupakanjirannya, Lili (Anne Ngasri) dan Melissa Saila, Shafik sering mengganggu merekadan Cikgu Jaafar (Jaafar Onn) untuk mendapatkan perhatian.

Walaupun kenakalannya sering menimbulkan kekecohan tetapi apa yang nyataitulah intipati yang paling menarik dalam drama arahan Aziz M. Osman terbitanNizarman (M). Sdn. Bhd. itu.
Drama bersiri yang disiarkan sebanyak tiga musim iaitu 13 episod setiap satumemang diminati kerana itulah satu-satu drama yang menonjolkan kanak-kanaksebagai pelakon utama.

Tetapi semua itu cerita yang terjadi 17 tahun lalu ketika Shafiklakonan Nik Fariz Nik Fadzil baru berumur 10 tahun.

Kini dalam meniti usia 27 tahun, Nik Fariz yang mesra disapa Shafik sudahbergelar seorang ayah!

Pantas benar masa berlalu dan Shafik kini juga meniti kebahagiaan di sampingisterinya, Khairun Nisa Abdul Halim, 27, yang bertugas sebagai seorang guru diSekolah Bukit Bintang, Petaling Jaya serta puteri sulungnya, Nik Zara Ariana,dua bulan.

Mengimbas kembali sejarah penglibatannya sebagai pelakon, barangkali ramaiyang tidak tahu, sebetulnya penglibatan Shafik dalam bidang lakonan hanyalahsecara kebetulan sahaja.
Semuanya terjadi ketika dia dalam perjalanan ke Kelantan pada musim cutipersekolahan pada tahun 1993 bersama ibunya, Rukiah Ab. Rahman.

"Masa tu mummy ajak saya singgah ke pejabat Nizarman dankebetulan uncle Aziz (Aziz M. Osman) sedang mencari pelakon kanak-kanakuntuk watak Shafik.

"Apabila nampak saya, uncle Aziz suruh saya buat pelbagai memekwajah depan cermin. Saya disuruh ketawa, marah dan mengucapkan beberapa dialog.

"Selepas semuanya selesai, uncle Aziz terus pilih saya memegangwatak Shafik!" cerita Nik Fariz dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Bagi Nik Fariz, penglibatannya dalam bidang lakonan satu perangkap yang padaakhirnya menimbulkan keseronokan.

Ini adalah kerana, ayahnya, Allahyarham Nik Fadzil Nik Hassan yang jugapenerbit Feugo Filem Sdn. Bhd. tidak membenarkan Nik Fariz melibatkan diridalam bidang lakonan.

"Arwah ayah memang tidak bagi saya berlakon tetapi apabila mendapattahu saya berjaya dalam uji bakat itu, ayah tidak boleh buat apa-apa danmemberi keizinan.

"Tetapi keizinan ayah bersyarat. Pertama, saya tidak boleh menjalanipenggambaran pada hari sekolah. Maknanya penggambaran yang melibatkan saya cumapada cuti sekolah atau cuti hujung minggu.

"Kedua, mummy berjanji pada arwah ayah yang mummy akanmenjaga saya dan memastikan berlakon tidak akan menjejaskan pelajaransaya," cerita Nik Fariz lagi.

Sejak itu, bermulalah diari hidup Nik Fariz sebagai pelajar dan pelakon.Walaupun pada mulanya dia merasa begitu janggal dan memenatkan tetapi kehadiranmummynya, sebagai pengurus membuatkannya lega.

Menurut Nik Fariz, apabila keluarganya berpindah ke Kelantan, setiap petangJumaat dia bersendirian menaiki kapal terbang dengan memakai tag YoungPassenger untuk ke Kuala Lumpur.

"Penggambaran Cili Padi yang melibatkan saya selalunya petangJumaat hingga malam Ahad. Hari Isnin pagi saya akan balik semula keKelantan," kata Nik Fariz mengimbas kenangan manis itu.

Kini, walaupun tidak berlakon namun kelibat Nik Fariz di satu-satu tempatmasih menggamit memori para peminat drama bersiri itu.

"Kadang-kadang saya malu juga apabila sedang bekerja ada yang memanggilShafik budak comel. Shafik budak tembam, Shafik Cili Padi.

"Kadang-kadang ada juga yang bertanya kenapa saya tidak berlakon lagi.

Kerja sendiri

"Sebagai menghormati dan menghargai perhatian mereka, saya hanya mampumelemparkan senyuman sebab saya sudah tutup diari sebagai pelakon," katabekas pelajar Malaysian France Institute dalam bidang automotion ini lagi.

Dua tahun belajar di institut yang terletak di Bangi, Selangor, Nik Farizbelajar mengenai robotik di samping kemahirannya dalam bidang fotografi.

Dengan kemahiran yang ada, Nik Fariz lebih banyak melakukan kerja sendiri disamping membantu ayah saudaranya, Abdul Razak Rahman mengendalikan kelasmenyelam.

"Saya banyak melakukan kerja sendiri. Mungkin sudah menjadi tradisikeluarga kami yang tidak boleh bekerja di bawah orang lain," kata NikFariz.

Kepakarannya dalam bidang fotografi dan komputer banyak membantu Nik Farizmenambah pendapatan untuk menyara keluarga.

"Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dengan pendapatan semua itu sayamampu menyara keluarga saya," katanya.

Walaupun pendapatannya tidak tetap tetapi itulah rezeki namanya keranakepakaran Nik Fariz dan minatnya pada bidang fotografi menjadikannya begitusibuk terutama setiap hujung minggu.

"Jika tidak ada tugas saya lebih suka menghabiskan masa di rumahbersama Nik Zara apabila ibunya di sekolah.

"Sesekali terserempak dengan orang filem, memang ada yang mahumenawarkan saya berlakon tetapi saya sudah tutup diari," cerita Nik Fariz.

kredit : utusan



0 comments on Oh! shared:

Related Posts with Thumbnails