Ni kad kawen umie aida n datuk paduka K tu.. cantik kan..
Teka teki tarikh perkahwinan Umie Aida dan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan akhirnya terjawab sudah apabila Umie mengumumkan tarikh keramat tersebut jatuh pada 14 Mac ini di Tanah Suci Mekah.
Satu majlis sederhana akan berlangsung di Masjidil Haram dengan dihadiri seramai 20 orang ahli keluarga dan rakan terdekat.
"Segala apa yang saya rancangkan berjalan dengan lancar, Insya-Allah kami akan melangsungkan perkahwinan di Mekah pada 14 Mac ini iaitu mengambil sempena hari lahir kakak saya, Erma Fatimah.
"Insya-Allah, akad nikah akan dibuat di Masjidil Haram selepas subuh," katanya pada sidang media selepas Majlis Malam Berinai di kediamannya, malam tadi.
"Saya akan berangkat bersama keluarga dan rakan terdekat pada 11 Mac dan apabila semuanya selesai kami pulang pada 18 Mac.
"Insya-Allah, di sana kami akan buat sedikit majlis jamuan pada sebelah malamnya di Hotel Zamzam Tower,"
Semoga Umie & Datuk K selamat berkahwin di sana nanti.
sumber : mStar

0 comments on Oh! shared:
Post a Comment